Tuesday, April 27, 2010

PRK Hulu Selangor

Semuanya sudah diketahui. Ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang tentunya gembir... yang kalah janganlah bersedih. Inilah politik. Tapi apa yang penting di kala ini ialah tunaikah segala janji yang telah ditaburkan. Jangan biarkan YB yang baru terkapai-kapai dalam usaha untuk mengotakan janji.

Jika lembu dipegang pada talinya, maka kita sebagai manusia dipegang pada janjinya. Jika tidak ditunaikan maka amat malanglah penduduk di Hulu Selangor. Tahniah kepada penduduk Hulu Selangor kerana telah menunaikan tangggungjawab mereka untuk memilih pemimpin. Kini... pemimpinlah pula bertanggungjawab menunaikan janji dan tanggungjawab mereka.

Thursday, April 22, 2010

Pendidikan Seks....

Salam sejahtera buat semua.

Sejak kebelakangan ini, isu pendidikan seks mula didendang semula. Apakah perlu diperkenalakan sebagai satu subjek di sekolah? Ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju. Ada yang mencadangkan dijadikan satu subjek ada yang berkata cukuplah sekadar gabungjalin atau penerapan di dalam sesuatu subjek yang lain. Berbagai-bagai pandangan. Puncanya.... gejala pembuangan bayi di negara kita semakin berleluasa... Itu lah antara punca mengapa topik pendidikan seks di sekolah ini dibincang semula.

Bagi saya apa yang perlu dibincangkan juga adalah apakah objektif kita yang sebenarnya untuk memperkenalkan subjek baru ini. Untuk mengelakkan berlakunya gejala buang bayikah atau membenteras gejala zina atau perkara-perkara yang menghampiri zina. Seks luar nikah semakin menjdi barah di dalam masyarakat kita hari ini. Lihatlah persekitaran kita...adakah membantu anak-anak muda menjadi baik? Kita sebagai dewasa tidak boleh hanya menyalahkan remaja sedangkan persekitaran sememangnya merangsangkan mereka ke arah sana.

Apakah nanti kita akan memberitahu remaja / pelajar sekolah, jangan zina...nanti dapat penyakit.... Kalau nak buat juga pakai k@#$&m. Aapakah ini yang nak kita bagitau kepada mereka. Atau bukankah lebih baik kita halang dan membenteras segala punca serta kepincangan dalam masyarakat dengan kuasa yang ada.

Berbanyak-banyaklah kita muhasabah diri kerana kelak kita akan ditanya oleh Allah swt diakhirat kelak.

Sunday, April 11, 2010

Dome of the Rock

Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara.

Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil ALAQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).

Foto ini dari seorang hanba Allah sewaktu melawat Al Aqsa (yang sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah … !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.

Sampai sekarang masjid “dome of rock” ditutup untuk umum, dan Yahudi telah membuat masjid lain iaitu Al Sakhra tak jauh disebelahnyadengan kubah “emas” ( yang sering terlihat di poster2 yg disebarkan keseluruh dunia dimana2 ) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi MuhammadSAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “masjid kubah biru”. Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israeldan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.
* FIKIR : BENARKAH INI BATU YANG BENAR-BENAR NABI MAKSUDKAN DALAM PERISTIWA ISRAK MI'RAJ ? TUGAS KITA UNTUK MENCARI JAWAPAN*

Lagi-lagi buang bayi.....

Lagi-lagi mayat bayi ditemui... lagi-lagi isu buang bayi... sampai bila? Itulah perkara pertama yang terlintas dibenak saya bila melihat apa yang berlaku sekarang ini. Apa yang boleh kita lakukan sekarang ini?

Bagi yang membuang bayi, tentunya tekanan emosi yang sangat kuat mengatasi kewarasan akal mereka berfikir. Bukan mudah untuk buang bayi atau membunuh. Tetapi, masalah yang dihadapi amat kuat sehingga mereka tidak terdaya untuk melalui semuanya ini. Bayangkan pula jika mereka membesarkan anak ini tanpa bapa... Tekanan yang amat kuat juga akan dihadapi oleh anak-anak ini bila membesar kelak. Itulah akibat bila tersalah jalan...tersalah langkah.

Remaja sememangnya seringkali gagal berfikir menggunakan akal dan iman. Mereka bertindak banyak menurut nafsu. Tapi, lihatlah sekeliling kita, adakah persekitaran kita membantu memberikan persekitaran yang sihat buat remaja? Jika denggi menyerang, maka habislah semua longkang-longkang dan parit diterjah oleh pihak berkuasa. Habis semua orang didenda jika 'menternak' jentik-jentik eades. Semua tempat yang menjadi tempat membiak diserang, dihapuskan, dibersihkan tanpa kompromi dan belas kasihan. Tiada ehsan buat nyamuk eades. Sampai ke cucu cicit naymuk pun dibunuh. Syabas....

Tapi, punca yang menggalakkan berlakunya pembuangan bayi ini bagaimana pula????? Media, laman web lucah, kelab-kelab malam, arak dan menaja program yang membawa ke arah pergaulan bebas macam mana pula? Mengapakah tidak diterjah???? Mengapa masih dibiarkan. Lepas tu kita pun hairan... mengapa masih ada orang buang bayi yekkkk? Kasihan bayi tu yekkkk..... Jawapannya lu pikirlah sendiri.....

Thursday, April 8, 2010

Remaja: Harga yang perlu kita bayar.

Salam buat semua.

Dalam mengejar kehidupan di dunia ini, kewangan dan kekuatan ekonomi amatlah penting dan perlua diambil kira. Bak kata pepatah, SEGALA-GALANYA DUIT pada masa ini. Tapi... perlulah juga diingat di sini bahawa DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA. Dalam menjalankan tugas sebagai kaunselor hampir 9 tahun ini, apa yang tak pernah saya dengar... anak hilang kasih saya, suami isteri bercerai berai, anak kena tangkap polis, mencuri, bergaduh, ponteng, hidu gam, aktiviti lucah dan macam-macam lagi. Banyak lagi...

Kerana sayangkan profesion kaunselor ini, maka perlulah saya dan rakan-rakan kaunselor mendalamkan ilmu di dada. Kadangkala rasa ingin keluar sahaja dari profesion ini. Apa yang berlaku pada hari ini adalah dek sebabkan oleh orang lain... kita yang kena 'ubati' klien. Dek kerana terlalu stress dengan exam di sekolah...pelajar bermasalah dan tidak sejahtera dari segi pemikiran dan emosi... kita kaunselor yang kena bantu. Lepas exam...exam, lepas exam...exam. Macam manalah pelajar tak stress. Anak darjah satu pun dah mula tuisyen... ke mana perginya zaman kanak-kanak dan remaja mereka.

Tiada lagi masa untuk menurunkan nilai kita kepada anak-anak kerana mereka lebih sibuk daripada kita. Siapa yang akan menerapkan nilai-nilai kepada mereka. Tentunya rakan sebaya dan persekitaran mereka. Pagi...sekolah, petang...sekolah agama, malam...tuisyen / kerja rumah. Letihnya.

Itu yang bersekolah... bagi yang tewas di alam persekolahan, maka gejala negatif seperti seks bebas, buang anak, merempit , mengambil dadah dan mengutamakan keseronokan menjadi trend remaja. Gejala buang bayi membuktikan perkara 'jangan dekati zina' tidak diambil pusing oleh remaja dan dewasa. Siapa yang patut di salahlan? Remaja atau dewasa lemah ( pinjam istilah Dr. Noraini Ahmad ). Kita yang sediakan iklan, tempat dan kemudahan, lepas itu tak dibuat pemantauan. Berapa harga yang ingin kita bayar ?????

Tapi itulah harga yang perlu kita semua bayar untuk terus bersaing di bumi bertuah ini. Justeru, sama-samalah kita mengambil sikap tegur-menegur, ingat-mengingati di antara satu sama lain. Dan yang paling penting kembalilah kepada agama. Sekurang-kurangnya adalah sedikit pertahanan kendiri dalam diri anak-anak dan diri kita sendiri. Sama-samalah kita fikirkan.

Monday, April 5, 2010

Renungan Buat Semua...

Salam buat semua.

Takziah buat keluarga Din Beramboi... Baru-baru ini sekali lagi keluarga beliau ditimpa musibah apabila rumah mereka pula dipecah masuk. Memang ada "binatang" di dalam masyarakat manusia ini. Sanggup melakukan apa sahaja tanpa rasa bersalah.

Dalam usia 43 tahun, beliau telah pergi meninggalkan dunia ini. Apa yang ingin saya coretkan di sini ialah usia bukan penentu kematian kita. 2 isu utama yang perlu kita ambil ingatan ialah a) isu deman denggi yang begitu beleluasa sekarang ini ( H1N1 pun sama). Sama-samalah kita menjaga kawasan persekitaran kita ini. Terutamanya di sekolah.... pastikan tiada peluang nyamuk ini membiak. Isu yang kedua yang perlu kita sama-sama kita fikirkan ialah persediaan kita untuk menghadap ALLAH. Arwah Din Beramboi pergi pada malam Jumaat malam yang penuh keberkatan. Kita doakan roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan bertakwa. Bagaimana dengan nasib kita pula... saya sudah berusia 42 tahun. Apa nasib saya nanti bila diaudit oleh para malaikat ALLAH...

Justeru...marilah kita sama-sama jadikan ISLAM sebagai panduan hidup kita, dalam keluarga kita dan segala yang berkaitan dengan kehidupan kita sehari-harian. Sekian.

Tuesday, March 16, 2010

Rindu rasanya...

Salam buat semua. Rindu rasanya untuk menulis lagi. Lama tak ku lawati laman blog ini kerana terlalu asyik dengan facebook. Terpanggil juga kerana rakan-rakan sepejuangan terus menerus meminta aku menulis lagi.

Isu... macam-macam isu sekarang ini. Aku rasa biarlah semuanya diselesaikan oleh masa. Cuma hari ini aku ingin mencoretkan rasa terbuku dihati.

Politik...makin kucar-kacir. Orang politik dengan caranya tapi mufti juga mula terkena bahangnya. Hari ini orang mula membangkitkan isu orang melayu miskin, tertindas, tidak dibela, ketinggalan dan segalanya yang negatif kepada orang Melayu. Aku juga orang Melayu. Lahir di Kajang. Orang Selangor. Nak tanya....siapa yang jadikan anak Melayu di selangor ketinggalan, tanah diambil, ditipu, melarat di negeri yang kaya ini????? Masa berkuasa ngapa tak tolong.!!!!!! Sekarang baru nak ungkit....

Masa aku belajar di Penang dulu tahun 1988-1990, aku lihat sendiri pembangunan yang akan mengorbankan orang Melayu... Ngapa tak tolong... Masa tu ada kuasa... Ngapa tak tolong!!!!!

Masa tanah-tanah kampung tradisi Bt. 10 Cheras, Simpang Balak di ambil buat jalan, takda sapa rasa nak tolong... masa tu masih ada kuasa tapi tanah diambil. Tak ganti pun... Ngapa tak jadi juara..... Ngapa tak nak tolong!!!!!!!

Bila dah takda semua mula rasa kehilangan. Biarlah Allah yang menentukannya.